Assalamualaikum semua. Entry kali ni saje nak kongsi pasal kami punya hiking last semester. Hiking ni sebenarnya anjuran kelab ko k kami kt UPSI dan kali ni group aku yang kene handle hiking punya program ni. Ni sebenarnya first time aku dan kawan2 datang hiking di Sungai Chiling ni. Bagi korang yang tak tahu Sg Chiling ni bertempat di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Hanya lebih kurang 30 minit je perjalanan kami dari Tg Malim.
 |
| pintu masuk ke tempat hiking |
Bayaran masuk untuk hiking ke puncak air terjun hanylah RM1. tp kalau korang ada nak bawak barang makanan or something yg korang berpotensi untuk buang merata-rata, korang kene cas deposit RM3. tp nanti klau korang bawak balik plastik makanan yg dah bawak naik tu,then wang anda akan dipulangkan..Memang bagus cara pengurusan tempat ni,kebersihan kawasan terjamin.. heee
 |
| senaman sebelum mulakan hiking.. |
 |
| boleh bg makan ikan sambil melalui sungai ..hehe |
untuk sampai ke puncak, mesti lalui 7 anak sungai. dan yang bestnyer korang boleh tengok ikan2 kelah dalam sungai tu sambil bg ikan tu makan. makanan ni korang boleh dapat masa bayar tiket untuk masuk.
inilah dia puncak air terjun selepas melepasi 7 anak sungai.. boleh lah mandi bersama ikan kelah tu.. geli kott..hahaa.. masa kami pergi tu ramai jugak group lain yang pergi hiking.
Bersama ahli kelab ko kelana siswa UPSI. yg depan sekali tu lah leader yang lead kami naik ke atas. Takde dia xsampai lah sini..hehe.
 |
geng housemate ..
|
Alhamdulillah selesai sudah hiking kt tempat ni. Agak penat tp berbaloi lah jugak sebab dah merasa pengalaman hiking beramai-ramai. Jumpa lagi..
Comments
Post a Comment