citarasa kelate.


Assalamualaikum semua.. kali ni saje je nak ceritakan keunikan dan keenakan makanan kelantan ni..  Kelantan memang terkenal dengan pelbagai jenis masakan dan makanan yang membuka selera kita semua. Terkenal dengan nasi kerabu, nasi dagang, laksam dan nasi ulam serta banyak lagi makanan yang menjadikan kelantan sebagai syurga makanan. Makanan di kelantan memang famous dengan makanan yang manis-manis kan..tp tak semuanya lah.. ade jugak yang tak suka manis..macam aku..hehe,.. Ok pertama yang wajib sekali di kelantan ni semua tahu kan budu.. takde budu tak boleh makan nasi tau..haha.. nak2 ade ulam2 pulak..memang kene lahh dgn lidah ni.




Kalau di Kelantan kebiasaanya sarapan pagi memang dengan makanan berat2 seperti nasi belauk, nasi kerabu dan pelbagai lagi. Tapi ade jugak jenis yang xsuka makan berat mcam tu.. Kalau untuk makan tengahri kat sini famoas dengan nasi ulam dan nasi sup. Bnyak diantara kedai makan yang menyediakan menu ni pada waktu tengahari.. Nasi ulam ni boleh didapati di banyak tempat di Kelantan ni.. antara yang famos ialah nasi ulam cikgu area bandar Kota Bharu atau lebih dikenali nasi ulam kampung krftangan dan satu lg cawangan die dekat pengkalan chepa.. Makan tengahari tak lengkap rasanya kalau takde ulam.. kann.. kalau nasi sup ni memang senang nak cari dekat kelantan sbb banyak kedai-kedai yang menyediakan makanan tengahari mcm nasi sup ni. lagi sedap kalau dapat sup perut lembu..huwaa.. favorite aku tu..


makanan lain yang menjadi kegemaran ramai ialah nasi kerabu. Sesuai untuk makan pagi dan petang. Nasi kerabu ni boleh dimakan dengan pelbagai jenis lauk pauk seperti ikan goreng,ayam goreng dan mengikut kesukaan masing.




Makanan lain yang paling aku suka bila ade kat kampung tu ialah laksam. Laksam Kelantan ni juga menjadi makanan untuk sarapan pagi kalau kt sini. Kalau waktu pagi rasa taknak makan makanan berat seperti nasi memang laksam ni lah pilihan aku.. Kene pulak kalau sambal die tu sedap memang syok habis ar.. 


tengok pon dah membuatkan aku telan air liur.. mm

Kegemaran aku yang seterusnya ialah mee celup, keuy tiaw celup dan seangkatan dengannya.. memang menjadi kegemaran sejak zaman sekolah lagi. Waktu petang memang akan keluar cari kuey tiaw celup ni kat area kampung. Sampai sekarang menjadi favorite aku..


memang makanan ni menjadi kesukaan aku dari dulu sampai sekarang.. lagi best kalau ade lada jeruk tuu.. ummm

Cakap pasal makan kali nih nak tunjuk jugak minuman yang famos kt kelantan ni.. apa lagi kalau bukan teh tarik madu.. aku pun baru kenal teh tarik ni ..  memang best minum waktu petang sambil beriadah or lepak2 dengan kawan2.. 

teh tarik yang terkenal.. teh tarik pok mat at pulau pisang.. meleleh die punya buih .. tu yg best tengok..belum minum lg ..hehe..

keluar dengan jiran dan kakak..

lagi satu yang famous dan jadi trade mark makanan kat kelantan ni ialah aiskrim pulut atau pun kekadang aku pggil asikrim roti je. Sebenarnya pggil apa pon boleh sebab dalam tu banyak betol die punya campuran. Ade roti, pulut, kacang, jagung pastu kat atas baru die letak aiskrim dan chocolate.. biasanya aiskrim ni banyak kat rantau panjang sebab first time aku jumpe pon masa pegi jalan2 kat RP tu. 

pelbagai jenis campuran ada dalam tu. ada pulut,jagung,roti kacang...
tengok lah reaksi si comel anak buah aku ni bia makan aiskrim pulut.. yg ni kat rantau panjang..
yang ni pon  aku panggil aiskrim pulut.. pulut kelapa.. dalam tu ada isi kelapa dicampur dengan pulut dulu sebelum ditambah aiskrim... memang orang kelantan ni suka pulut kot..hehe..aiskrim ni boleh didapati di keda sapuroh kb..RM5 Jee..

Kalau nak diikutkan kat kelantan ni banyak lagi makanan menarik tp kali nih sekadar nak share yang orang ramai suka makan dan aku sendiri suka makan jela.. makanan di Kelantan ni tak semuanya manis2 tapi kebanyakan la ..hehe.. aku akui kenyataan tuh. So boleh la bila waktu cuti, jalan2 kluar makan kat tempat menarik yang ada di Kelantan ni.. InshaaALLAH nanti kalau ade masa boleh share tempat menarik tu.. hehe..

Comments

Popular posts from this blog

hiking di sungai chiling.

RAFTING PROJECT