RAFTING PROJECT
Ahli kokurikulum rakit arus deras UPSI..
Pada 29-30hb november yang lalu aktiviti akhir kokurikulum rafting/rakit arus deras telah diadakan di Kem Intan suraya. http://www.kemintansuraya.net/ . Bole klik pada link untuk maklumat lanjut. Kem ni terletak di Sungai Siput, Perak. Ini merupakan aktiviti akhir bagi tugasan kami dalam kokurikulum ni. kiranya final project lah ni. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Kem ini juga turut disertai dengan ahli kelab kayak, iktisas kayak dan sukan /permaianan kayak. Jadi kami punya ekspedisi ni makin besar la keluarganya.. hehe.. Sepanjang ativiti ini berlangsung semua ahli dan instruktur serta penasihat memberikan kerjasama yang baik. Maklum lah semua kan dah besar.. hee. Dari awal perjalanan ke kem ni kami dah rasa berdebar untuk memulakan ekspedisi ini. Merentasi sungai sepanjang 30km sememangnya memenatkan bagi kami, namun apa yang kami perolehi adalah lebih bermakna daripada kepenatan tu sendiri. Pengalaman sebegini mungkin kami tidak dapat kalau kami tidak menyertai kokurikulum rafting ini.
Sepanjang perjalanan kami merentasi sungai siput, pelbagai ragam dan reaksi wajah yang menggembirakan dapat dilihat. Maklumlah kali pertama berakit dan berkayak ramai-ramai, excited tu lain macam sikit. hhe.. selfie tetap selfie.. Perjalanan ekspedisi kami mengambil masa lebih kurang 6 jam untuk sampai ke destinasi iaitu di Kuala Kangsar.. yeayy aku dah sampai Kuala Kangsar( 1st time).. hehe. Nak tengok ragam mereka ??..
![]() |
OK sengeh2 tu aku la... |
![]() |
geng cik ayu ni.. |
![]() |
permulaan ekspedisi kami.. ketua grop belakang sekali. |
![]() |
Rehat la jap.. |
Ni antara gambar sepanjang ekspedisi berlangsung.. baru 1km ni beb..ada 29 km lagi. huhh.. Waktu ni muka semua ceria macam baru kawin, lepas ni tgok la muka xde perasaan semua. hehe.. Yang paling menyesal bila berafting tak bawak fon sebab pemandangan sekitar memang tip top. Melalui beberapa jambatan yang menarik sepanjang perjalanan dapat la jugak cuci cuci mata kan.
Yang paling penting semasa ekspedisi berlangsung semua ahli bekerjasama mengayuh(xkayuh xsmpai la).. semangat kerjasama tu yang memberikan kekuatan untuk terus berkayuh. Aktiviti sebegini memang perlukan kerjasama sepasukan dan syukur kami semua saling membantu. Kayuh dan terus berkayuh sehingga arus pon dah xberapa nak laju tp tetap semangat.
![]() |
| pertengahan jalan.. |
![]() |
dah kepenatan.. selfie sorang ler abang mie.. hehe |
Waktu dah hampir ke penghujung, semua dah keletihan mengayuh. So kami teruskan ekspedisi ni hinggalah sampai ke destinasi yang dituju. Sampailah kami di persisiran Kuala kangsar.. huhh boleh tahan penat. Kemudian kami bersiap2 kemaskan semua peralatan masing-masing. Semua ahli kumpulan memang bekerjasama menyimpan peralatan untuk dibawa pulang. Setelah selesai kami bersihkan diri,solat dan makan. ok bas dah sampai..
Yang paling penting pengalaman yang telah kami dapat sewaktu program ekspidesi ini. Memang bestt..








comei..comei boh..hahaa..gud jobs..kep it up..
ReplyDeletejgn lupa baca post yg seterusnya yee..
Delete