visit Tmn Negara Pahang
Assalamualaikum kepada yang sudi baca entry ni. Kali nih aku nak share kenangan yang memeriahkan aku pada semester 2 yang lepas. Kiranya kenangan setahun yang lalu la tapi masih lagi fresh dalam otak aku nih kenangan tuh. Pada sem2 hari tu, kami berpakat dengan bdak rumah nak join program kolej ke Taman Negara Pahang. Memandangkan timing die ok dengan jadual aku so apalagi aku ikutlah program tu. Bila dah daftar tau2 ramai pulak budak kos aku join program tu, makin meriah la nampaknya ramai geng. huhu.. Niat memang nak conquer program pon..hihi..
Kitorang punya program ni selama tiga hari dua malam.. tapi sebenarnya dua hari je, sebab dah sampai kat taman negara tu kul11 malam, berjam dalam bas je. Masa first2 dberitahu tentang tentatif program cakap pasal jungle treking la, kene jaga adab dalam hutan apa semua,so aku punya la mati2 ingat kami berkemah dekat betul2 dalam hutan kat Pahang tu. Rupa2 nya tapak perkhemahan kami belakang rumah orang.. ok tak kelakar sebab belakang rumah orang tu dekat dengan sungai pahang dan dekat untuk ke kawasan sebarang taman negara tu.
so jom tengok apa aktiviti kami dari hari mula2 hingga keesokannya..aktiviti yang pertama ialah jungle treking, menaiki canopy walk yang terpanjang didunia..dan race bot panjang ke rumah orang asli.
| masa ni tengah tunggu giliran untuk menaiki bot..sebab untuk ke sebarang ke naik bot..tapak perhemahan kami berhadapan dengan tman negara. |
| tengah menunggu nak ke sebebrang sana lah ni..huhu |
| sempat bergambar sebelum mulakan jungle treking.. |
| sebelum mula jungle treking.. kami bergambar dulu di kelah square.. ada bnyak aquarium ikan kelah kt sini.. |
Masa mula2 nak naik canopy ni punyalah berdebar dengan ketinggiannya yang membuatkan jantung nk gugur. Waktu jalan atas ni memang tak pandang bawah langsung sebab gayat Tapi disebabkan ketinggian terlindung dengan pokok2 dan dahan yang menjalar jadi tak nampak sangatlah tinggi tu.. Bila korang berhenti dari satu platrform ke paltform yang lain, kita akan dapat lihat pemandangan hutan yang sangat cantik dan sungai2. Kalau hari minggu memang ramai pelancong luar datang sini especially yang kulit2 putih tu..huhu.
AMARAN!!.. Jangan sesekali bersandar ye kalau nak hidup lama..hehe.. rasanya kalau die tak bagi peringatan macam ni pon aku tak berani nak bersandar.. hahaha..
Kami mula jungle treking dalam pkul 10 then lepas naik canopy walk semua dalam pkul 2 baru kami sampai ke tapak khemah balik.. penat oi jalan jauh berjam2 pastu balik makan then krohh krohhh dalam khemah.. penat die macam pusing satu hutan tu je.. melebih-lebih..huhu.. tapi penat tu tak sebanding dengan pengalaman yang kami dapat.
tapi aktiviti waktu petang kami lagi rare dan memang awesome.. aktiviti kami ialah visit orang asli..apa yang bestnyer sebab pergi kerumah orang asli naik bot panjang dalam hujan. Menyusuri sungai sambil tengok kawasan sekeliling memang beri pengalman yang bermakna untuk kami.
Paling best pakcik2 yang bawak bot ni sempat je dorang race sesama dorang..tu pon sebab kami yang suruh..kami yang kat dalam ni memang basah kuyup la dibuatnye..jalan nak ke rumah orang asli tu pun agak mencabar sebab kawasan sungai die yang berbatu tp Alhamdulilah kami selamat pergi dan balik walaupun pakcik bot tu rammed bot macam jantan tengah kejar penjahat,, hahaha..
Dah sampai kt tempat kami berkhemah.. si abang pengarah program baik hati benarkan kami mandi sungai..hewhew..apalagi terjun la semua ke sungai tu..
Hari last..bergambar dulu dengan geng satu kos yang xsedar diri buat bising kat program..haha
Kenangan terindah datang sini walaupun hanya dua hari lebih.. yang penting dapat terokai hutan(kononnya) dan pengelaman naik canopy walk yang awesome tu. harap2 lepas ni dapat lg pergi tempat2 yang dapat beri pengalaman baru macam ni.Kalau nak harapkan pergi dengan bajet sendiri memang tggu lagi 10 tahun la rasenye.. hehe..
Comments
Post a Comment