short travel

Assalamualaikum semua..  kali ni saja nak kongsi dengan korang sume my experience with housemate going for short travel last sem..tak jauh pon..sini2 je sebab bajet xbanyok. hihi.. jelos lah tu kan.. Idea untuk pergi jenjalan ni adalah idea housemate aku fadilah yang beria sangat duk mengajak. So aku kesian kat dia aku pun ok je..hahaa. Sebenarnya kami attend majlis kenduri rumah kawan fadilah kat bagai serai,Perak. so sambil2 tu kami plan lah untuk bejalan2 ke kwasan skitar tu kebetulan semunya kaki bejalan..

fisrt day bermula bila kami bekejar2 baru habis kelas ko dan aku trus pecut pg beli tiket bas. Then ktorang balik rumah terus packing barang dan col prebet datang pick up ktorang.. fuhh baru betol backpacker kan. HIHI.. perjalanan memalui bas mengambil masa agak lama sebab ktrang kene transit dekat stesen bas medan kit. kene tunggu bas lain datang ambik dalam setengah jam pastu sambung perjalanan balik. Dan pengalaman pertama bermula bila pakcik bas tu bawa bas macam tengah racing. kecut perut weii.. Dalam 5jam baru ktorang smpai ke bagan serai..fuhh penat beb.

Sebelum pergi sana aku dah cek mana tempat best klau tak dah awal2 tak mo p..penat bakhang..haha. But bila sampai tu rasa macam vvip sikit bila keluarga angkat fadilah layan ktorang sangat baik sekali dan kitorang dengan tak malunya stay rumah mak angkat dia dua hari..hehe. Dia xde anak lelaki ok sebab tula ktorang stay situ.. dalam hati kenape takde anak lelaki makcikkk..!!


Sebabkan fadilah ni orang kL so die excited skit bila ada sawah kat blakang rumah kawan dia..kami pon buat2 la excited jugak. Dalam hati kg aku pon ado..haha.

           
gambar pertama kitorang..
masa tengah2 sembang tetiba ternampak daun salom..
aku dgn rromate menjerit
sebab excited nampak ulam kegemaran kami.


























Lepas sembang2 dengan family kawan fadilah kotrang pon balik rumah mak angkat fadilah.. bertuah badan pakcik belikan kami mee sup untuk makan petang. Fuh baru sampai dah makan. Waktu malam kami just kluar pg bandar cari barang sikit sambil tengok suasana malam kat sana. ok je ada bulan ade bintang jugak. ngekk.

Kuala Gula.

Hari kedua kat bagan serai fisrt kami buat adalah memeriahkan majlis kenduri rumah kawan fadilah tu. Kononnya,. lepas habis kenduri tu kitorang pon kluaqq p jalan. Yang kami tahu area sini ada tempat menarik yang dipanggil Kuala Gula. So ktorang pecutla kereta pg sana. Memang tak rugi sebab pemandangan dia memang cantik. Disini sebenarnya kawasan sekumpulan burung putih(lupa nama) bermain..eh ehh.. dekat sini ada disediakan resort, ada boat untuk menyelusuri sungai, dan restoran yang special. Yang paling best kami dapat merasa ketam lembut yang memang sinonim dengan kawasan ni..haa pernah try tak ni..??

ni lah dia kawan aku fadilah yang bawa kami kesini..

inilah dia chalet tempat kami ambik gmabar..hahaa..tak stay sini pon..

fuhh excited betol..risiko tinggi sikit kalau nak bergmbar mcam aku ni..hehe


kalau kene pada waktunya korang bole tengok sekumpulan burung tu beterbangan disini..


tengah tunggu ketam lembut ni haa..
Tasik taiping ..lepas kami try ketam lembut kt Kuala Gula tu, kami pergilah ke tasik taiping yang sangat indah ni.. zoo taiping pun berdekatan je dgn tasik ni..so tak rugi la kalau datang sini. Lagi satu sini ada game utk korang try mcam naik bot2 kecil yang comel2 ni haa..huhu.



ni lah dia ktiviti yg korang boleh buat kt sini..
                            






Tasik Taiping ni memang luas gais..kami pon tak hbis pusing sebenarnya..ramai jgk yg melakukan aktiviti jogging,berbasikal kat sini. Kami selfie jee..haha.

So setakat ni saja yg dapat dikongsikan utk semua. Next time pg lg yee..hehe. InshaAllah.




Comments

Popular posts from this blog

hiking di sungai chiling.

citarasa kelate.

RAFTING PROJECT