vacation to Langkawi.

Part 1

Akhirnya.. setelah lama plan dengan my housemate untuk pergi bercuti sama-sama..then masanya tiba jugak. Disebabkan plan kitorang ke Korea tak jadi, so ..ok tipu.  Kami memang plan nak jalan2 dekat2 sini je.. so sampailah kami ke Langkawi ni. Walaupun plan last minit tapi dapat jugak backpackers ke sana tiga hari dua malam.
Kami pergi ke sana waktu midsem break hari tu..seminggu je plan terus menjadi. Huhu..

Barang penting yang mesti bawak kalau nak bejalan lebih dari sehari antaranya mestilah powerbank, earfon, charger then keperluan toiletries lain. Satu lagi aku klau bejalan jauh mesti bawak henfon spare.. corby ni dah banyak berjasa dekat aku klau smartfone tiba2 buat hal habis batri then powerbank pon cas xmasuk..haha..

Perjalanan bermula dari stesen bas tg malim kemudian transit di Ipoh sebab bas takde yang terus ke Kuala Perlis. sedihnyee.. sampai je kt Ipoh terus cari tiket ke Kuala Perlis then kene lah tunggu bas pukul 12.30 malam. Disebabkan stesen bas Aman Jaya ni besar dan ramai orang so takde masalah untuk stay sini sampai pg. Tunggu punya tunggu sampai jugak bas ke Kuala Perlis tu walaupun tak seperti waktu yang dijanjikan. Hmm.. sampai je di jeti kami sarapan dulu sebab tiket jeti kami pukul 12.30.. tunggu lagiii.. biasalah hari minggu memang ramai and crowded sangat orang kt jeti tu.. so terpaksalah merempat sekejap.


sambil tunggu giliran jeti kami,sempatlah tengok orang lalu lalang..hmm


 Sepanjang perjalanan ke Pulau Langkawi tu memang banyak sangat pulau-pulau cantik yang dapat korang tengok.. tapi xsempat nk ambik gambar.. huhu.. ok dah sampai di Pulau Langkawi..
Dah sampai kami solat dulu then terus cari tempat penginapan sebab dah penat sangat seharian perjlanan.. ni pun sebab menunggu je banyak..haha


Guesthouse tempat penginapan kami ni terletak di Pantai Chenang.. harga die berbaloi lah untuk share 4 orang.. boleh lah untuk rehat-rehatkan diri. Kalau nak jimat tak perlulah cari yang selesa sangat sebab nama pon backpacker kan.. nak tidur selesa sila balik..haha.. kecuali kalau datang dengan family oklah sebab xkluar duit sendiri..krik kirkk.. perjalanan dari jeti ke Pantai Chenang ni lebih kurang setengah jam.. Lepas solat mandi semua so kami keluar jalan-jalan sekitar pantai ni..







kat Pantai Chenang ni memang penuh dengan pelancong asing.. memang banyak giler kedai yang jual sovinier kat sini kedai makan dan hotel2 murah. Part kedai makan tu kene pandai carilah sebab ada yang harga dia biasa je ada juga yang cas mahal.. dari petang sampai ke malam pusing-pusing area sini. Sebelum balik ada pulak orang tu lapar, so singgahla makan minum and lepak dekat warung kecik ni.. 

kopi yang sangat sedap katanya..haha
Hari kedua barulah bermulanya plan nak jalan kat tempat yang memang wajibla pergi klau datang sini.. Lepas check out waktu pg trus pg pantai ambil mod sikit..then bru pg breakfast sebelum trus ke Langkawi geopark.




Akhirnya sampai jugak ke destinasi utama kami..untung slah sorang dri kami ni suka ambik gambar, so semua gambar aku mintak dengan dia..hahaa



Macam-macam ada dekat Langkawi geopark ni, skycab, skybridge, skydome,6D cinemotion  tp kebanyakan yg datang ni mesti pergi ke skycab dan skybridge.. disini juga terletaknya 3D art museum yang terbesar di Malaysia. Kalau hari minggu memang panjang lah beratur untuk beli tiket dan tunggu turn nak naik cable car.. Harga yang kitorang ambik adalah untuk skycab,skydome, dan 3D art.. RM50..


Haa ni dia antara tempat menarik yang ada kat sini..


setelah sekian lama beratur tunggu turn..akhirnya sampai jugak kami ke puncak selepas 15 minit menaiki cable car.. pemandangan die Subhanallah tersangatlah cantik. Boleh nampak air laut yg biru dengan pulau2 yang ada sekitarnya.. tak terkata mek..huhu..ni adalah gambar dari platform pertama..blom naik cable car untuk ke skybridge lg.. Tiket untuk ke skybridge hanyalah RM5 jee..then bila dah smpai ke last platform tu korang kene hiking lbih kurang 15 minit untuk ke skybridge.. penat jugak laahh. Masa turun tu xdelah penat, masa nak naik balik memang penat giler. Masa kami otw nak turun tu terdengarlah minah yang tengah otw nak naik balik ni cakap belakang kami, ''ala waktu turun memang best,nt nak naik tengoklah nanti''  kau dah kenapa jelos ngan kami.. haha





bila tengok dari jauh mcam tinggi yang amat lah pulak skycab tu..nama pon dah sky kan..hmm. kalau mak aku tahu ketinggian sebenar cable ni mesti aku xdpt naik ni..fuhh..masa ktorang tengah nk ke skybridge ni terdengar satu geng perempuan menjerit bila cable car mula turun dri platform..dah mcm orang gila aku dengar.



disebabkan sifat gayat yang amat tinggi,aku yang paling last sampai ke penghujung.. konon-konon cover nak tgok pemandangan cantik..padahal kaki dah tak boleh nk truskan bejalan.. hahaha.. dorang dengan selambanya jalan dekat kaca lutsinar tu, walau dipaksa hanya untuk bergambar aku tetap tak lalu situ.. Tapi memang cantik giler lah dapat tengok pemandangan lautnya dengan pulau dari puncak ni. Memang sungguh indah ciptaanNYA.. 


ok berjaya jugak candid sambil berlari macam ni..sebab aku orang yang paling last..hahaa.. Masa habis pusing-pusing then aku tringat tempat Shah Rukh Khan berlakon tu, so terus aku ajak dorang naik..


sebelum naik atas tu sempat lg bergaduh dengan romate aku. ''eh kita dah naik la sini, haa suka hati kau.. hahaa.. Masa nak trun balik tu hujan agak lebat jugak, berdebar jugak nak naik skycab die. tp aku buat tak tahu je. Hahaa.. lebih kurang pkul 2 mcam tu kami sampai bawah.

Ok dah letih mengarang ayat. Next time pulak kita story psal 3D tu yer.. hihi.. k byee..

Comments

Popular posts from this blog

hiking di sungai chiling.

citarasa kelate.

RAFTING PROJECT